Thursday, 16 June 2011

cerita tanpa title..

aku bukanlah insan istimewa
yang punya lengkap budi pekerti
tidak jua aku punya paras yang menarik
dan diri ini masih belum cukup memahami
bagaimana cara untuk menjaga sekeping hati
agar tidak terhiris dek tingkah dan kata
namun aku sentiasa mencuba
berusaha untuk menjadi yang terbaik
di kalangan yang terbaik dalam hidupmu
walaupun sampai detik dan tika ini
aku masih lagi belum mampu
untuk melengkapi hari-hari bahagiamu
tetapi aku amat-amat berharap
agar hatimu masih belum berpaling dariku
tapi aku bukanlah insan yang kejam
yang hanya mahu menjaga hati sendiri

sejak awal perkenalan kita dahulu
telah aku berjanji pada diriku
kiranya aku tidak mampu membahagiakanmu
aku redha kiranya hatimu berubah
kerana engkau layak untuk bahagia
dengan insan yang mampu membuatmu bahagia
cuma satu ku harap pengertian darimu
jika cinta dan sayangmu tiada lagi buatku
jujurla dan jangan terus menduga hatiku
kerana hati ini terlalu rapuh dan ampuh
dan jangan biarkan aku terus berharap
kerana aku sendiri tersangat takut
untuk merasa kesakitan bila diri didustai..

mood: sedih..kecewa..jiwa kaco..

No comments:

Post a Comment